Insentif Kerajaan FREE RM1000 sekarang! FREE RM1000 ! Wow! Whatsapp 0134555888 sekarang!

Apakah PRS atau Skim Persaraan Pencen Swasta Malaysia

PRS atau Skim Persaraan Pencen Swasta 


Kerajaan telah memperkenalkan satu kaedah di mana teknik pencen yang digunapakai oleh Kakitangan Kerajaan mulai dijadikan satu model kepada kakitangan swasta supaya apabila mereka pencen nanti, kebajikan mereka lebih terjaga dan dapat menambah tabungan pencen dengan lebih tinggi dari nilai asal.

Fakta= K#SP dan PRS berbeza. K#SP wajib, PRS adalah pilihan (diwujudkan oleh kerajaan untuk bantu warga pekerja sektor swasta/bekerja sendiri). Orang Kerja Government pun amik kesempatan tau! hihihi.

PRS secara amnya merupakan sebuah skim pelaburan jangkamasa panjang yang ditubuhkan untuk menambah simpanan dana persaraan. Objektif PRS adalah untuk memberi pilihan bagi skim yang sedia ada untuk seluruh rakyat Malaysia, sama ada bekerja atau bekerja sendiri, secara sukarela untuk menambah dana persaraan mereka di bawah skim yang berstruktur dan dikawal selia.

Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana kini pelabur boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat kewangan dan toleransi risiko mereka sendiri. Tujuan Dana PRS adalah untuk memberikan pulangan jangka panjang untuk ahli-ahli menerusi satu kerangka yang dikawal selia.

Aset bagi setiap PRS diasingkan daripada Penyedia PRS dan ditempatkan di bawah pegangan amanah yang dikendalikan oleh Pemegang Amanah Skim bebas.

Persamaan di antara PRS dan K#SP

Tujuan Persaraan : Kedua-dua PRS dan K#SP ditubuhkan dengan tujuan untuk menolong individu membina aset dan kewangan pada hari persaraan mereka

 

Perbezaan PRS VS K#SP


Perbezaan
PRS
K#SP
Jenis Sumbangan
Sukarela
Mandatori
Jumlah Sumbangan
Tiada Had Minimum / Maksimum
Had Minimum (11% Pekerja / 12-13% Majikan)
Kekerapan Sumbangan
Tiada
Bulanan
Sumbangan Dibayar Ke
Penyedia PRS yang Dipilih
Terus ke K#SP
Pelepasan Cukai Tahunan
Pengeluaran Separa
Daripada sub-akaun B sahaja, dan 8% penalti cukai
Daripada akaun 2 sahaja, Tertakluk kepada sebab dan tiada penalti
Pemilihan Dana Pelaburan
Bebas (pilih diantara penyedia PRS)
Kebebasan memilih hanya untuk Amaun Separa (EPF-MIS)
Polisi Dividen
Tiada Had Minimum diperuntukkan (Berganting kepada prestasi dana)
Minimum 2.5% setahun
Nampak tak beza? Anda boleh hubungi saya segera :) 013-4555888 atau emel ke mfairuzramli[@]yahoo[dot]com

So Kenapa Nak Masuk PRS?

Soalan baik, kalau anda BIJAK, anda pasti akan mencarum PRS untuk simpanan hari tua. Jauh berkali ganda daripada duit K#SP anda yang anda banyak kali keluarkan atas pelbagai alasan (beli rumah/renovate rumah/beli komputer dan lain-lain). Sedar-sedar dah kering dah duit K#SP anda tu.


PRS adalah TEKNIK pelaburan sebenarnya. Sebab tu duit anda akan berganda dengan banyak dan apabila anda bersara atau pencen, anda PASTI TERKEJUT dengan berapa jumlah dalam PRS anda nanti.

Jom saya bagi contoh Senario PRS:




Semasa berumur 30 Tahun, Ahmad telah memasukkan RM1000 sebagai caruman pertama PRS (minimum caruman adalah RM500 dan caruman tambahan minimum RM50 sahaja).

Sekarang ni kerajaan sedang mengadakan promosi insentif RM1000 percuma jika caruman minimum RM1000 sebelum capai umur 31 tahun (Untuk galakkan golongan muda mencarum PRS. Tempoh terhad ye..sampai 2018 shj).


Mencarum min RM1000 sebelum capai Umur 31
FREE RM500 daripada promosi insentif KERAJAAN
TOTAL = RM1500


Jadi Ahmad mempunyai RM1500 dalam akaun PRS nya. Katakanlah, Ahmad tidak mencarum selepas itu kerana masalah peribadi (saya nasihatkan jangan buat begini...rugi). Apabila Ahmad berumur 55 Tahun iaitu masa pencennya, Ahmad pun menyemak akaun PRS yang telah lama dilupakan. Maklumlah dah 25 Tahun lepas Ahamd mencarum.

Ahmad terkejut!!!!

Dalam akaun PRS Ahmad ada RM50,000.00 ! Wow!

Mencarum min RM1000 sebelum capai Umur 31
FREE RM1000 daripada promosi insentif KERAJAAN (Promosi terhad sampai 2018 shj)
TOTAL = RM50,000

* Itu baru RM1500...kalau caruman konsisten bulanan....huhu. Jom try kira:

Masuk RM1000 + free RM1000 + RM100 bulanan

Bila Ahmad berumur 55 Tahun = RM325,000.00 Wow!!!! Jangan terperanjat ye.

Mencarum min RM1000 sebelum capai Umur 31 + Bulanan RM100/sebulan
FREE RM1000 daripada promosi insentif KERAJAAN (Promosi terhad sampai 2018 shj)
TOTAL = RM340,000

Mulalah bertindak....lagi lama tempoh lagi tinggi...lagi muda bertindak...lagi bagus...PRS ni fleksibel. Ada duit boleh carum bila-bila masa. Tak ada duit tak payah carum....bila pencen umur 55 Tahun dah boleh keluarkan.

* Jumlah di atas adalah jangkaan potensi rate 15% ...boleh pergi lebih tinggi lagi tau! Wow! Wow! Wow!



Penyedia PRS

Agen PRS terdiri daripada Institusi - Institusi Pengurusan Dana yang diluluskan oleh pentadbir PRS untuk mengendalikan dana-dana pelaburan ahli.
Sehingga 5 April 2012, terdapat lapan penyedia PRS yang diluluskan. Lapan Institusi ini adalah seperti berikut :
  • AmInvestment Management Sdn Bhd;
  • American International Assurance Bhd;
  • CIMB-Principal Asset Management Bhd; (saya kat sini :) )
  • Hwang Investment Management Berhad;
  • ING Funds Bhd;
  • Manulife Unit Trust Bhd;
  • Public Mutual Bhd; and
  • RHB Investment Management Sdn Bhd.
 

Ciri-Ciri PRS – Sumbangan, Pelaburan, Keuntungan, Pengeluaran

Jadual di atas menerangkan secara ringkas tentang perbezaan ciri-ciri di antara PRS dan K#SP. Dalam segmen ini, kami akan menjelaskan ciri-ciri PRS dengan lebih lanjut, jadi teruskan membaca!
Satu nota penting untuk anda, pelancaran PRS pada bulan Julai 2012 hanyalah sekadar “’soft’ launch”. Ini bermaksud, Institusi-Institusi yang diluluskan sebagai penyedia PRS masih belum dibenarkan untuk menerima ahli pelaburan. Pihak PRS juga memerlukan beberapa bulan untuk  mengembangkan idea PRS ini kepada orang ramai dan dan potensi ahli-ahli baru.

Sumbangan

Seperti yang anda tahu, perbezaan utama di antara PRS dan K#SP ialah jenis sumbangan untuk kedua-dua skim ini. PRS boleh dibuat secara sukarela sama ada melalui individu ataupun majikan. PRS tidak mengenakan nilai minima kepada pelabur (individu mahupun majikan), tetapi penyedia PRS atau pengurus dana pelaburan mungkin akan menetapkan nilai minima mengikut polisi pelaburan mereka. PRS juga tidak mengenakan tempoh masa yang spesifik atau tetap untuk melakukan pelaburan.

Pilihan Pelaburan

Dalam skim PRS ini, individu mempunyai kuasa autonomi untuk memilih penyedia PRS dan juga jenis pelaburan yang bersesuaian (sama seperti skim EP#-MIS tetapi untuk PRS pelaburan dibuat dengan keseluruhan jumlah yang dilaburkan dan bukan dengan amaun yang kecil). Ini bermaksud, jika anda mengambil keputusan untuk menjadi ahli PRS, anda boleh memilih jenis pelaburan mengikut kesesuain dan profil pulangan risiko anda sendiri. Sebaliknya, skim K#SP secara amnya menumpukan dana persaraan mereka kepada satu jenis objektif dan tetapan yang mungkin tidak mengikut kesesuain orang ramai.    
Di dalam skim PRS ini, anda juga boleh memilih untuk menyumbang kepada satu dana atau lebih (tetapi semua dana haruslah di bawah program penyedia PRS pilihan anda). Penerangan di bawah dipetik daripada Pihak Pentadbir Pencen Swasta atau PPA untuk menjelaskan proses ini:
pilihan dana untuk dilaburkan melalui ejen PRS anda


PRS juga mempunyai pilihan dana lalai untuk ahli yang telah memilih penyedia PRS tetapi tidak memilih jenis dana yang dikehendakinya. Pilihan lalai ini dibuat mengikut  kumpulan umur yang berlainan : dana pelaburan yang agresif akan ditumpukan lebih kepada ahli-ahli muda manakala dana pelaburan yang konservatif akan ditumpukan kepada ahli-ahli yang lebih tua.

Polisi Dividen

Notis : PRS tidak mempunyai kadar dividen minima seperti K#SP (2.5% setahun) jadi apabila pelaburan anda mengalami penurunan pada satu masa,  anda mungkin akan menerima dividen yang kurang (atau tiada langsung), atau lebih teruk lagi,  nilai pelaburan anda mungkin akan merosot tanpa mengira dana anda. Polisi dividen 2.5% ini merupakan salah satu perbezaan ketara di antara K#SP dan PRS!

Manfaat

Di antara isi kandungan  Bajet 2012 ialah pelepasan cukai maksima sebanyak RM3,000 selama 10 tahun (bermula tahun 2012) yang diberikan kepada kesemua ahli (penyumbang) PRS. Pelepasan cukai yang lebih kurang sama  juga diberikan kepada semua ahli K#SP (maksima RM6,000). Jika anda merupakan ahli PRS dan pembaya cukai nilai atasan, anda boleh berjimat sehingga RM780 setahun! Selain daripada itu, pengecualian cukai juga diberikan kepada setiap pendapatan yang dijana oleh dana-dana PRS.

Pengeluaran

Sama seperti K#SP, simpanan di dalam tabungan PRS ini akan dibahagikan ke dalam dua jenis Sub-Akaun (pembahagian ini dibuat dengan tujuan untuk mewujudkan jenis pengeluaran yang berlainan sahaja, bukan untuk tujuan pelaburan) : 70% daripada wang anda akan dimasukkan ke dalam Sub-Akaun A dan 30% akan dimasukkan ke dalam Sub-Akaun B.
Keseluruhan simpanan di dalam PRS ini boleh dikeluarkan apabila seseorang itu mencapai umur persaraan (pada masa ini ditetapkan pada umur 55 tahun), kematian, atau penghijrahan.
Pengeluaran separa sebelum umur 55 tahun adalah dibenarkan, tetapi hanya boleh dikeluarkan daripada Sub-Akaun B sekali sahaja dalam setahun. Pengeluaran separa ini juga akan dikenakan penalti cukai sebanyak 8%daripada jumlah pengeluaran yang dibuat. Konsep ini berlainan dengan pengeluaran separa K#SP di mana tiada penalti dikenakan untuk pengeluaran khusus seperti pembelian rumah dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, bacalah artikel “Panduan K#SP” kami.

Menjadi Ahli

Mengikut PPA, anda harus menghubungi penyedia PRS secara langsung dan seterusnya memilih dana yang anda inginkan. Pada masa yang sama, anda boleh membuka akaun PPA dengan mengisi borang pembukaan akaun yang boleh didapati daripada mana-mana penyedia PRS atau daripada laman web PPA.
Pada masa ini, penyedia PRS masih belum boleh menerima permohonan daripada khayalak ramai! Mereka diberi tempoh penangguhan selama 6 bulan (bermula dari April 2012) daripada tarikh kelulusan untuk membolehkan pelaksanaan sistem-sistem yang relevan untuk tujuan PRS ini. Kami menjangka permohonan mungkin boleh dibuat sebelum tamat tahun 2012.
Walaupun  sistem untuk PRS ini masih belum berjalan dengan lancar (pada masa penulisan – Julai 2012), anda mungkin akan mendapat ringkasan tentang penyedia PRS pilihan anda serta plbagai jenis pelaburan melalui laman web PPA (jangan lupa untuk mendaftar dahulu!)

Manfaat Majikan atas Sumbangan Sukarela PRS yang dibuat untuk Pekerja?

Manfaat utama untuk majikan adalah mereka boleh memberi insentif tambahan (contoh : ansuran perubatan) untuk mengekalkan pekerja yang sedia dan juga untuk menarik minat pekerja baru dengan menawarkan sumbangan persaraan yang banyak. Selain daripada itu, majikan juga akan mendapat pengecualian cukai sehingga 19% (dikira daripada gaji asas setahun milik pekerja).

Pilihan Dana PRS

 Anda mempunyai pilihan untuk memilih dana atau tidak memilih dan mencarum ke dalam pilihan dana yang ditetapkan (default option) berdasarkan umur. Setiap Penyedia PRS mesti menawarkan tiga dana teras yang ditetapkan. Jika anda memilih dana teras tersebut, anda akan ditempatkan berdasarkan kumpulan umur seperti berikut:

Dana Teras
Kumpulan Umur
Pecahan Aset
Dana Pertumbuhan (Growth fund)
Bawah 40 tahun
Maksimum 70% ekuiti; 30% dalam dana berpendapatan tetap/ debentur/ pasaran wang
Dana Sederhana (Moderate fund)
40 tahun ke atas, tetapi di bawah 50 tahun
Maksimum 60% ekuiti; 40% dalam dana berpendapatan tetap/ debentur/ pasaran wang
Dana Konservatif (Conservative fund)
50 tahun ke atas
80% dalam dana berpendapatan tetap/ debentur, di mana 20% daripadanya mesti dilaburkan dalam pasaran wang dan maksimum 20% ekuiti

Selain itu, anda boleh memilih mana-mana dana teras walaupun ia bukan dalam kumpulan umur anda serta lain-lain dana bukan teras yang ditawarkan oleh Penyedia PRS.

Penyedia PRS boleh menawarkan sehingga 7 dana bukan teras di bawah skim PRS mereka. Anda boleh memilih untuk melabur dalam satu atau lebih daripada dana bukan teras tersebut berdasarkan peruntukan dan kelas aset.







Jika Anda SERIUS nak mulakan Tabung Dana Persaraan  anda(Skim Persaraan Swasta),
KLIK SEGERA Link Whatsapp melalui view telefon <DIRECT WHATSAPP FAIRUZRAMLI>

 
Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/skimpersaraanswasta


* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti caj-caj, capital gain, NAV, dividen, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.




·                     Apakah PRS atau Skim Persaraan Pencen Swasta Malaysia
·                     Berapa Jumlah Caruman Skim Persaraan Pencen Swasta PRS Malaysia
·                     Cara Memohon Skim Persaraan Pencen Swasta PRS Malaysia
·                     FAQ Soalan Lazim Mengenai PRS Skim Persaraan Pencen Swasta
·                     Kebaikan Skim Persaraan Pencen Swasta PRS Untuk Hari Tua Anda
·                     Kenapa Pilih Kami untuk Skim Persaraan Pencen Swasta PRS Anda
·                     Private Retirement Scheme Malaysia PRS The Best
·                     Sebab yang Mendesak Perlunya Private Retirement Scheme PRS
·                     Siapa Patut Join Mohon Carum Masuk PRS ?
·                     Teknik Switching Dana dalam Skim Persaraan Pencen Swasta PRS


Link Pelaburan Lain Jika Anda Berminat:
        
ü          Pelaburan ASB Terbaik
ü          Pelaburan Unit Trust Terbaik





SPONSORED



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Private Retirement Scheme PRS Terbaik Designed by azhafizah.com